Maaf lama tak update blog nie. Walaupun dah lewat, aku ucapkan selamat tahun baru 2012...huhuh.
Masuk nie tahun kedua aku semakin aktif mengambil gambar-gambar event,engagement dan perkhawinan dan dalam tahun kedua ini aku bergerak sendirian tanpa rakan-rakan yang yang membantu.
Sebelum itu, aku teruskan dengan gambar-gambar dari tahun lepas yg sempat aku ambil....
Dina & Amin.
Aku dan Hasbullah ditugaskan mengambil gambar perkhawinan di Dewan Kastam di Gelang Patah oleh Razi. Yang lawaknya, dihari event baru kami tau bahawa pengantin perempuan itu adalah rakan sepejabat kami.
Masalah timbul bila majlis tersebut adalah 2 pasang pengantin kerana kami dibayar untuk sepasang pengantin saja. Walaubagaimana pun, sebagai menghormati majlis, kami layan saja.....
Apai & Anne
28 Mei 2011
Sepupu aku berkhawin di Bandar Tenggara, Kota Tinggi.Walaupun aku bukan official photographer, sebagai latihan, aku tetap keluarkan kamera dan mengambil beberapa keping gambar....
Ashraf & Azza
5 Jun 2011
Job nie aku ambil berdua bersama Nizam dalam keadaan hujan gerimis. Alhamdulilah, sesi outing dapat kami jalankan di sekitar kampus UTM.
Farouk & Idah.
Majlis pihak perempuan diadakan di kediaman beliau di Larkin Jaya manakala majlis bertandang diadakan di perkarangan restoran keluarga pihak lelaki di taman Melodies. Majlis di pihak perempuan di 'cover' oleh aku dan 2 partner(Nizam & Hasbullah) manakala atas last minute request, hanya aku seorang saja yg 'cover' majlis dipihak lelaki.