Sunday, January 23, 2011

Bycycle Ride to Puteri Habour....

Cikgu zaini mengajak aku buat photoshoot untuk pogram Kayuhan Santai anjuran Mesra Cycling Group, Bandar Baru Kangkar Pulai pada cuti umum sempena Hari Thaipusam lepas. Kayuhan seramai 27 orang yang bermula di tempat tersebut telah melalui Kg Kangkar Pulai,keluar ke Jalan Pontian,masuk ke Jalan Ulu choh dan terus ke persimpangan Taman Nusantara sebelum memasuki lebuhraya terus ke Kota Iskandar dan Puteri habour.
Untuk kayuhan pulang, konvoi telah melalui Jalan Lama Gelang patah, melalui Lima Kedai, memasuki Taman Mutiara Rini, Taman Universiti sebelum terus ke destinasi akhir di bandar baru Kangkar Pulai melalui jalan baru Pontian.
Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat ku ambil.....sila klik gambar utk imej yg lebih besar...

Sunday, January 9, 2011

Harith Weddings...

Aku tidak dapat memenuhi permintaan Harith untuk mengambil gambar di hari persandingannya kerana telah membuat rancangan untuk percutian keluarga di Lotus Desaru.
Walaubagaimana pun, aku sempat juga mengikut rombongan penikahannya pada malam sebelum persandingan di Kg sawah, Pekan Nenas.
Dengan hadirin dari kedua-dua belah pihak yang ramai, tiada tempat untuk aku mencari sudut-sudut yang terbaik tambahan dengan tiang seri rumah yang betul-betul berada di hadapan pelamin.
Kepada kedua mempelai, aku ucapkan semoga panjang jodoh dan dimurahkan rezeki....aminn..